logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Sambutan Hari Kebangsaan 2023

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2023 - Lebih 100,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menzahirkan rasa kecintaan kepada negara dengan hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini.
Bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", sambutan Hari Kebangsaan tahun ini melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.
Perbarisan dan perarakan ini terdiri daripada Kontinjen Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif dan Penyiaran, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang berkenan berangkat menyempurnakan majlis sambutan telah menzahirkan rasa kagum dan penghargaan kepada semua yang mengambil bahagian dalam menjayakan majlis sambutan kali ini.
Apa yang menarik, KDYMM Seri Paduka Baginda berdua telah berkenan mencemar duli bertemu rakyat selepas acara sambutan bagi meluangkan masa beramah mesra, bersalaman serta mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.
Hadir sama di sambutan pagi ini ialah YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri; Timbalan-timbalan Perdana Menteri; Ahli-ahli Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN); Pegawai-Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri, perwakilan asing serta dif-dif kenamaan yang lain.
 
 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 328
  • Total visitors: 207
  • Average time: 00:16:01
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.181
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106591