Majlis Pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030)
- : 374
KUALA LUMPUR, 1 September 2023 - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada pagi ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) di Dewan Perdana, Menara MITI , Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kuala Lumpur.
NIMP 2030 merupakan projek yang akan memberi nafas baru dalam merencanakan hala tuju perindustrian negara bagi pertumbuhan fasa ekonomi negara seterusnya selaras dengan persekitaran global yang kian mencabar.
Majlis ini turut dihadiri YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).


