Majlis Perlancaran Portal dan Pusat Panggilan (Call Centre) Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)
- : 2238
Jumaat, 19 Februari 2021 - Majlis Perlancaran Portal dan Pusat Panggilan (Call Centre) Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) bertempat di Jabatan Perdana Menteri di Aras 8, Blok F6, Kompleks F. Turut hadir bersama, YBhg. Datuk Mohammad Bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, TKSU(P) JPM, Barisan Setiausaha Bahagian (SUB) JPM, dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri, Encik Rahimi bin Ismail. BPH sedang melaksanakan konsep Tech-enabled dalam Prinsip F.A.S.T.E.R. seperti yang disarankan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam usaha melakukan proses 'Reform dan Rebrand' perkhidmatan awam yang ditawarkan melalui pembaharuan penyampaian maklumat pada Portal Utama dan juga Portal Rumah Peranginan Persekutuan (RPP). Selain itu, kualiti khidmat pelanggan turut dipertingkatkan dengan pembukaan Pusat Panggilan BPH yang beroperasi melalui talian tunggal 03-80918500. Para penjawat awam amat digalakkan untuk menghubungi talian ini bagi berhubung sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan BPH. Syabas dan Tahniah kepada Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) JPM yang telah membawa pendekatan baharu ini.


