Sekitar Hari Terakhir Kejohanan Bola Sepak MAKSAK GAMES 2021 (Peringkat Separuh Akhir dan Akhir)
- : 1889
Ahad, 11 April 2021- Sekitar Hari Terakhir Kejohanan Bola Sepak MAKSAK GAMES 2021 (Peringkat Separuh Akhir dan Akhir) yang bertempat di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut,Perak. Kejohanan ini telah disertai oleh 13 pasukan dan berlangsung selama 3 hari.
Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak MAKSAK GAMES 2021 telah disempurnakan oleh YBrs. En Radin Hedly Syah Bin Radin Mohamad Hambali, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia. Turut hadir ialah Laksamana Dato' Anuar Bin Hj Alias, Komander Pangkalan Lumut Markas Pangkalan Lumut, Kapten Mahadzir Bin Mokhtar, Pegawai Memerintah KD Pelandok Pangkalan TLDM dan Mejar Subarao A/L Poliah, Penolong Setiausaha Majlis Angkatan Tentera.
Kejohanan bola sepak kali ini dimenangi oleh MAKSAK Johor di tempat pertama. Tempat ke-2 dimenangi oleh Pasukan MAKSAK Terengganu manakala tempat ke-3 dimenangi bersama oleh MAKSAK Perak serta Majlis Sukan Angkatan Tentera.


