Sesi Taklimat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) kepada Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Sektor Agama)
- : 1610
Isnin, 3 Mei 2021 - Sesi Taklimat Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) kepada Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Sektor Agama) telah diadakan hari ini di Auditorium, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya. Sesi taklimat tersebut, yang memfokus kepada tatacara dan prosedur pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), telah menampilkan penceramah-penceramah jemputan daripada CITF dan Majlis Keselamatan Negara.
Taklimat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari Agensi-agensi di bawah JPM iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan TV Alhijrah yang memainkan peranan penting untuk membantu menghebahkan dan menggalakkan pendaftaran dalam kalangan umat Islam untuk vaksinasi COVID-19.



