Sekitar Majlis Sumbangan Duit Raya kepada Guru-guru dan Kakitangan serta Kanak-Kanak Taska & Tabika Jabatan Perdana Menteri (JPM)
- : 2183
Jumaat, 7 Mei 2021 - Sekitar Majlis Sumbangan Duit Raya kepada Guru-guru dan Kakitangan serta Kanak-Kanak Taska & Tabika Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM dan YBhg. Dato' Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan) JPM. Turut hadir ialah YBrs. Encik Jazmanie bin Shafawi, Pengerusi Badan Kebajikan dan Sukan (BKDS) JPM dan Ahli Jawatankuasa BKDS JPM. Sumbangan daripada pihak BKDS JPM adalah untuk meraikan anak-anak Taska & Tabika JPM sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang serta sebagai tanda penghargaan buat Warga Kerja Taska & Tabika JPM.



