Pertemuan YBhg. TKSUK, JPM, bersama Yang Amat Arif, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
- : 2629
Selasa, 2 Februari 2021 – Pertemuan YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, bersama Yang Amat Arif, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) di Pejabat Jabatan Perdana Menteri.
YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, diberikan penerangan tentang perancangan dan gerak kerja MSWP bagi tahun 2021 serta pembentangan ringkas Key Performance Indicator (KPI) MSWP 2021 dan Program Sifar Kes Tertunggak (SiKeT V2) oleh Yang Amat Arif, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.