Cetak

Majlis Berbuka Puasa PUSPANITA dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan Semurni Kasih Ramadan 1443H

Majlis Berbuka Puasa PUSPANITA dan Penyampaian Sumbangan Kebajikan “Semurni Kasih Ramadan 1443H” telah diadakan pada 25 April 2022 (Isnin) di Puspanitapuri, Putrajaya.

Majlis ini telah dihadiri oleh 700 jemputan yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan, ahli-ahli PUSPANITA dan para penerima sumbangan kebajikan.

Selari dengan pendekatan PUSPANITA Prihatin, sumbangan kebajikan berjumlah RM98,500.00 telah diserahkan kepada para penerima sumbangan
oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Penasihat PUSPANITA dan
YBhg. Puan Sri To’ Puan Seri Norizam binti Che Mohd Nor, Yang DiPertua PUSPANITA.