logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Liputan Sekitar Kursus Kepimpinan Siri 1/2022 Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Cyberjaya, 18 Julai 2022 – Liputan sekitar Kursus Kepimpinan Siri 1/2022 Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Shahrul Kamal Bin Osman, Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Sumber Manusia di Hotel Cyberview Resort dan Spa Cyberjaya.

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi menyediakan pegawai yang kompeten, berdaya saing, memperkasa kepimpinan disamping melengkapkan pegawai dengan budaya unggul bagi menghadapi cabaran baharu dalam bentuk permintaan dan ekspektasi yang semakin meningkat daripada rakyat dan pihak berkepentingan.

Selain itu, kursus ini juga memberi fokus kepada kemahiran-kemahiran kepimpinan yang meliputi kemahiran berunding, membuat keputusan, penyelesaian masalah serta responsif kepada perubahan.

Kursus kepimpinan ini telah disampaikan oleh dua orang penceramah iaitu Encik Azham bin Zainal Abidin, Pengarah Pusat Pembangunan Kepimpinan, Razak School of Government (RSOG) dan Dr. Raymond Madden, Ketua Pusat Pengajian Perniagaan Edinburgh, Universiti Heriot Watt Malaysia.


  • Stats on: 2022-09-30
  • Total visited pages: 167
  • Total visitors: 95
  • Average time: 00:06:29
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    363.778
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri

Dasar Privasi

splwpk-privacy-policy dan splwpk-pdpa perlu diletak dalam footer pada halaman utama.

65250