Cetak

Siri Lawatan Turun Padang ke mahkamah-mahkamah di sekitar negeri Kedah

Pada 20-21 Mac 2021, YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Siri Lawatan Turun Padang ke mahkamah-mahkamah di sekitar negeri Kedah. Turut serta adalah pegawai-pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) JPM.

 

YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan, TKSUK JPM telah melakukan tinjauan ke Mahkamah Majistret Gurun di mana beliau turut diberikan taklimat mengenai kerja-kerja Naik Taraf di Mahkamah Gurun oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah.

 Mahkamah Majistret Gurun

 

 

YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut berkesempatan untuk berkunjung ke Kompleks Mahkamah Alor Setar bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) JPM. Dalam lawatan tersebut, beberapa taklimat telah disampaikan iaitu berkenaan pembangunan System Court Recording: Voice to Text (RVT) bagi mahkamah seluruh Malaysia oleh Seksyen Pengurusan Maklumat, BHEUU serta mengenai kerja-kerja Naik Taraf Kompleks Mahkamah Alor Setar oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah. 

 

 

Kompleks Mahkamah Alor Setar

 

 

YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama pegawai-pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) JPM telah mengadakan tinjauan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Sungai Petani,Kedah di mana mereka telah diberikan taklimat berkenaan kerja-kerja Naik Taraf di Mahkamah Sungai Petani oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah.

 

Mahkamah Sungai Petani