Cetak

Pelancaran buku "365 Hari Mohd Zuki Ali: Aspirasi Dan Cabaran" di Bora Ombak, Marina Putrajaya.

Isnin, 29 Mac 2021 - YBhg. Datuk Seri Mohd. Sallehhuddin bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri berkesempatan bersama YBhg. Tan Sri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara melancarkan buku "365 Hari Mohd Zuki Ali: Aspirasi Dan Cabaran" di Bora Ombak, Marina Putrajaya. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, dan YBhg. Datuk Yusran bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis ini turut diadakan bersekali dengan program sepetang bersama media yang dihadiri ketua-ketua pengarang media tempatan. Ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Komunikasi Korporat dalam mengukuhkan ukhuwah Pengurusan Tertinggi JPM dan pengamal media.