Merdeka Open Day Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2023
- : 148
PUTRAJAYA, 12 September 2023 – Pada hari ini telah berlangsung kemuncak penganjuran Merdeka Open Day Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2023 yang bertempat di Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana.
Program dimulakan dengan Bicara Kewangan oleh wakil Bank Islam dan diteruskan dengan ceramah sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 bertajuk Semangat Kemerdekaan dan Sumbangan Penjawat Awam Menelusuri Zaman yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohammad Kazim bin Elias.
Turut diadakan dalam majlis yang sama adalah penyampaian hadiah kepada tiga pemenang terbaik Kategori Lelaki dan Kategori Wanita Virtual Run JPM 2023. Bagi memeriahkan majlis, penganjur turut mengadakan sesi cabutan bertuah kepada para peserta yang hadir.
Majlis telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Abdul Shukor bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM; Setiausaha-setiausaha Bahagian JPM serta warga JPM dan Jabatan/Agensi di bawahnya.
Merdeka Open Day JPM 2023 telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 11 dan 12 September 2023 bertempat di pekarangan Setia Perdana 1 dan Auditorium Perdana, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Sepanjang dua hari tersebut, pelbagai perkhidmatan kaunter telah disediakan bagi kemudahan para pengunjung. Antaranya, pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), bayaran saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta kaunter Ar-Rahnu YAPEIM.
Selain itu, terdapat juga jualan produk FAMA, Agro MADANI, Farm Fresh, F&N serta lain-lain barangan keperluan, makanan dan minuman oleh peniaga tempatan.






