Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Menziarahi Keluarga Kakitangan JPM Yang Telah Meninggal Dunia
- : 224
PUTRAJAYA, 12 September 2023 - YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada petang ini telah menziarahi keluarga Allahyarham Encik Mohd Rosdi bin Suod yang telah meninggal dunia pada 2 September 2023 disebabkan sesak nafas dan masalah jantung.
Allahyarham Encik Rosdi merupakan salah seorang kakitangan JPM yang bertugas sebagai Pengawal Keselamatan Kanan di Seksyen Keselamatan, Bahagian Khidmat Pengurusan.
Dalam ziarah tersebut, YBhg. Datuk Seri Sollehuddin telah menyampaikan sumbangan wang tunai dari Kelab Bukit Perdana; Badan Kebajikan dan Sukan JPM; Musolla JPM; serta sumbangan warga JPM. Selain itu, beliau turut menzahirkan kata-kata semangat kepada ahli keluarga Allahyarham agar mereka terus cekal dan tabah menghadapi dugaan ini.p>
Seluruh warga JPM juga mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


