Cetak

Kunjungan Hormat oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baharu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Selasa, 23 Februari 2021- YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri menerima Kunjungan Hormat oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang baharu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri. Dengan berbekalkan Ilmu pengetahuan serta pengalaman dan kepakaran yang ada pada YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, semestinya akan dapat membawa MAIWP ke tahap yang lebih tinggi dalam membangunkan agenda pembangunan ummah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Tahniah dan Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar diatas kesudian berkunjung ke pejabat saya.