logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan

KUCHING, 16 September 2023 - Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung penuh meriah dan berwarna-warni dengan kehadiran tetamu serta pengunjung pelbagai kaum menyerikan lagi acara bersejarah yang telah berlangsung semalam di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.

Dengan menggunakan cogan kata "Segulai Sejalai" yang membawa maksud berjalan seiringan, simbolik perasmian sambutan Hari Malaysia 2023 ini telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Sambutan pada malam semalam telah diserikan dengan pelbagai persembahan menarik antaranya; Persembahan Pembukaan Tarian Kontemporari berkonsepkan “Overture - Soul of Malaysia”, Persembahan Khas Muzikal “Segulai Sejalai, Persembahan Tarian Rampaian 3 Wilayah (Semenanjung Malaysia, Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak), serta persembahan dari artis tempatan.

Turut diadakan upacara Menandatangani Buku Khas Hari Malaysia oleh YAB Perdana Menteri bersama Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah sebagai acara simbolik penubuhan Malaysia pada tahun 1963.

Bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan "Segulai Sejalai", majlis pada malam semalam turut dihadiri oleh YAB Timbalan-timbalan Perdana Menteri, barisan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Ketua-ketua Jabatan/Agensi serta barisan pegawai kanan kerajaan.
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 309
  • Total visitors: 195
  • Average time: 00:15:49
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.168
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106590