Mesyuarat Tindakan Pemantauan Kementerian (MTPK) Bilangan 4 Tahun 2023
- : 116
DESARU, 22 September 2023 – YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara pada pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pemantauan Kementerian (MTPK) Bilangan 4 Tahun 2023 di Four Points Hotel Desaru, Johor.
Pembentangan berkaitan prestasi dan status semasa projek pembangunan bagi Jabatan/Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) turut dibentangkan di mesyuarat tersebut.
Mesyuarat telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), JPM; YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM; YBhg. Datuk Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, JPM dan Ketua serta Pegawai-pegawai Jabatan/Agensi di bawah JPM.




