logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M

PUTRAJAYA, 28 September 2023- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2023M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sambutan Maulidur Rasul SAW anjuran kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ini telah dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul SAW oleh kontinjen kementerian, badan berkanun dan agensi swasta. Kontinjen perarakan ini telah berarak dari Jambatan Seri Gemilang Putrajaya ke PICC dengan diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pada kemuncak majlis pagi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan mengurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2023 kepada YBhg. Prof Dato' Dr. Syed Othman bin Syed Husin Al-Habshi, "Certified Shariah Individual" Suruhanjaya Sekuriti serta Anugerah Maulidur Rasul 2023 kepada enam penerima yang lain.

Bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani”, majlis ini turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri; YAB Timbalan-timbalan Perdana Menteri; barisan jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet; Ketua Setiausaha Negara (KSN); Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Pengarah JAKIM.

Turut hadir juga ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM); Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), JPM dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), JPM.

 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 298
  • Total visitors: 188
  • Average time: 00:15:05
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.162
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106590