logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Sesi Libat Urus Program Pembasmian Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan Cheras

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2023 - Hari ini telah diadakan Sesi Libat Urus Program Pembasmian Miskin Tegar Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan Cheras di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Program ini melibatkan 230 Ketua Isi Rumah bagi Parlimen Bandar Tun Razak dan 77 Ketua Isi Rumah bagi parlimen Cheras. Jumlah keseluruhan Ketua Isi Rumah bagi dua Kawasan Parlimen ini adalah sebanyak 307 yang berdaftar dalam sistem eKasih, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Berdasarkan data eKasih yang telah dikunci setakat 31 Julai 2023, sebanyak 1,811 Ketua Isi Rumah tersenarai sebagai kelompok miskin tegar di WPKL.

Matlamat program ini adalah bagi membantu merealisasikan hasrat dan mandat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam usaha untuk menoktahkan miskin tegar pada tahun 2023. Sebagai permulaan, JPM akan melaksanakan projek rintis pembasmian miskin tegar di WPKL.

Antara Jabatan/Agensi yang terlibat dalam sesi libat urus tersebut adalah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA). Turut serta adalah wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Selain itu, terdapat juga Jabatan/Agensi yang terlibat sebagai pempamer, antaranya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan GIAT MARA yang menawarkan peluang pekerjaan bersesuaian kepada Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah yang hadir.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak; dan YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras serta dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM; YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), JPM.

 
 
 
 
 
 

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 345
  • Total visitors: 218
  • Average time: 00:16:23
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.191
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106591