logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Pengauditan

Pengauditan Pengurusan Kewangan  Pengauditan Pengurusan Kewangan dijalankan untuk menilai tahap prestasi pematuhan terhadap pengurusan kewangan Jabatan/Agensi. Penilaian dijalankan berdasarkan kawalan dalaman yang diwujudkan dan pematuhan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan serta penyelenggaran rekod yang lengkap dan kemaskini dalam aspek pengurusan organisasi, bajet, pungutan hasil, perbelanjaan, amanah serta aset dan stor.
Kajian ICT Kajian ICT dijalankan adalah untuk memastikan sistem perkomputeran telah dilaksanakan dengan cekap, teratur, berekonomi dan selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan serta mencapai objektif pembangunannya.
Kajian Prestasi Kajian Prestasi merupakan penilaian secara menyeluruh terhadap program/aktiviti, dan sumber organisasi telah digunakan secara cekap, berkesan dan ekonomik serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan akan memberi tumpuan terhadap aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan bagi sesuatu program/aktiviti yang dijalankan.
Pengauditan Susulan Pengauditan Susulan dijalankan untuk menentukan semua pemerhatian Audit yang dibangkitkan dalam Laporan Bahagian Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri dan Laporan Ketua Audit Negara.telah diambil tindakan pembetulan dan teguran yang sama tidak diulangi oleh Jabatan/Agensi yang terlibat
Penampilan Audit Pengurusan Kewangan Penampilan Audit Pengurusan Kewangan dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan kewangan berdasarkan penilaian terhadap kawalan dalaman dan tahap pematuhan mengikut undang-undang/peraturan yang ditetapkan secara umum.
Penampilan Audit ICT Penampilan Audit ICT dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan ICT dengan memastikan kawalan dalaman, pematuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan serta memastikan Jabatan menyenggara dan mengemas kini rekod-rekod pengurusan ICT dengan teratur.
Pengauditan Khas Pengauditan Khas dijalankan bagi mengenal pasti dan mencadangkan penambahbaikan terhadap sesuatu masalah spesifik dalam skop pengauditan kewangan dan prestasi dari masa ke masa.
  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 291
  • Total visitors: 183
  • Average time: 00:14:50
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.156
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
106590