logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Amalan kebebasan maklumat

SUARA ANDA

Polisi ePenyertaan


Polisi ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan JPM untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif penyertaan ini adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Undian Portal, Penyertaan Umum, Maklum balas Portal (Maklum balas/pertanyaan/aduan/cadangan, Kajian Kepuasan Pelanggan dan Media Sosial JPM iaitu Facebook,Twitter, Instagram dan Youtube.

JPM amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang     lain.
3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’dan lain-lain.
7. DILARANG menggunakan ruangan Penyertaan Umum ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim     cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time     bombs”, “cancel boots”atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer     pengguna yang lain.
9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin     sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan     ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini     adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa     memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa     sebarang pengumuman/notis.
12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Seranta Awam Atas Talian

Bil.
Tajuk Kajian
Tempoh Kajian
Pautan Kajian
Status Kajian
Hasil Maklum Balas
1
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JPM SIRI 1 TAHUN 2023
19 Jun - 14 Julai 2023
 
Tutup
2
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JPM SIRI 2 TAHUN 2022
15 November - 29 November 2022
Klik Di Sini
 
Tutup
3
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JPM SIRI 1 TAHUN 2022
 
18 Mei - 7 Jun 2022
Klik Di Sini
Tutup
4
KAJIAN KEBERKESANAN PROMOSI DAN PUBLISITI JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2021
 
16 Disember hingga 31 Disember 2021
Klik Di Sini
Tutup
5
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JPM SIRI 2 TAHUN 2021
 
11 November hingga 30 November 2021
Klik Di Sini
Tutup
6
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JPM SIRI 1 TAHUN 2021
 
27 Mei hingga 17 Jun 2021
Klik Di Sini
Tutup

Kajian Kepuasan Pelawat Portal Rasmi JPM

survey Portal
  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 3165
  • Total visitors: 1773
  • Average time: 00:27:07
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    874.262
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100938