logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Soalan Lazim - Pengurusan Sumber Manusia

CUTI HAJI

Adakah pegawai lantikan kontrak layak mendapat kemudahan Cuti Haji?

Jawapan :

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 yang berkuatkuasa pada 1 April 2008, Cuti Haji bergaji penuh boleh diluluskan sekali sahaja kepada pegawai warganegara yang beragama Islam yang belum pernah menunaikan fardhu haji sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan dengan syarat mereka telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang lima(5) tahun. Tempoh cuti yang boleh diluluskan tidak lebih 40 hari. Bagi pesara, syarat tempoh perkhidmatan lima (5) tahun ini tidak terpakai sekiranya mereka belum pernah menggunakan kemudahan ini sebelum bersara.

LAPORAN NILAIAN PRESTASI

Bagi seseorang pegawai yang baru dilantik dan melaporkan diri pada 18 Disember 2011, adakah beliau perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan pada tahun tersebut?

Jawapan :

Pegawai masih perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi Tahun 2011 selepas enam (6) bulan berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Prestasi kerja pegawai hanya akan dinilai selepas tempoh enam (6) bulan tersebut untuk pergerakan gaji Tahun 2012.

PENGESAHAN LANTIKAN

Apakah dokumen yang perlu dikemukakan oleh pegawai untuk tujuan pengesahan tarikh lantikan?

Jawapan :

Selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :-
a) Surat Setuju Terima Lantikan.
b) Perakuan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.
c) Surat Akuan Berkanun (Akuan Sumpah).
d) Surat Aku Janji.
 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :

PUAN NORHADZIRAH BINTI MOHD NOR

Telefon : 03-8872 3407

  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 2576
  • Total visitors: 1459
  • Average time: 00:21:47
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    873.954
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100933